GAmbar Karton kt bwh


bintang kelip2


Pages

21 Ogos 2010

Rintihan Si Mata Hati

Kesucian yang dicari,
Masih tersimpan dilubuk dada kesepian,
Hampir keras dek titisan-titisan hitam,
Begitu deras menghempas menghujan,

Bukan tiada tempat berteduh,
Tempiasnya kuat masih menyinggah,
Bukan tidak sempat untuk berlindung,
Air matanya tajam menembusi besi,
Tanpa belas menusuk-nusuk,
Menarik keputihan ke dalam kehitaman,
Tiada kesucian dalam kekotoran,

Menunggu penghakis sang panglima suci,
Menunggu pelindung tembaga besi,
Menunggu menyambung kekuatan diri,
Menunggu di tasbih memukul daki,
Menunggu di tahmid perlindung diri,
Menunggu di takbir peringat diri,
Harap kecundang ke dalam suci,
Lenyapnya hitam kian memudari,

Moga hilang tidak memparuti,
Moga tebal sukar ditembusi,
Moga tenang bila menghadapi,
Moga tersenyum walau dikasari,
Moga kekal tidak menghilang diri,
Moga didengar alunan hati,
Agar tercapai maksud yang dikehendaki,

Bersama tuhan Maha Mendengari,
Pensucian hati tiada terhenti,
Waspada lebih berhati-hati,
Ingatlah Allah didalam hati,
Tidak terleka di duniawi,

Perjalanan jauh sukar ditanggapi,
Cari amalan pembekal nanti,
Tiada tersesat bila melalui,
Allahu Robbi bantulah kami,
Musafir kami dijalan Ilahi.




Sabtu 0518-0552 am,
21 Ogos 2010,
11 Ramadhan 1431,

Bait Puaka,
Syarie' Al-Azhar,
Murur,Mansurah,
Mesir.

2 ulasan:

NUR QASEH HJ. MUHAMAD berkata...

hati yang merintih,janganlah bersedih
biar sakit dan juga pedih
pohonlah ia supaya berkalih
rafakkan sembah sujud bertasbih
agar yang buruk tidak menindih
syukur...kamu insan terpilih
musafir menggali ilmu diperoleh
moga diberkati Yang Maha Pengasih...


(^_^)v

Shah ShinObi 27 berkata...

alhamdulillah syukur dipilih,
tiada merintih tiada menagis,
hanya terkenang rindu diperoleh,
hati yang kecik takut terkepit,
pada tuhan sentiasa didogak,
jika terleka mampu meluka,
minta dikuat segala semangat,
moga ditetap dijalan tuhan,
moga berkat dapat bersama,
bersama si pendoa ku doa sama,
tiada hilang tetap dimata,
tiada lupa ku gengam bersama,
Yang Maha Pemurah lag Maha Penyayang,
Lindungi kami dari bencana,
Islam kami kan dijuang jua..

(^_~)v

Rintihan Si Mata Hati

Kesucian yang dicari,
Masih tersimpan dilubuk dada kesepian,
Hampir keras dek titisan-titisan hitam,
Begitu deras menghempas menghujan,

Bukan tiada tempat berteduh,
Tempiasnya kuat masih menyinggah,
Bukan tidak sempat untuk berlindung,
Air matanya tajam menembusi besi,
Tanpa belas menusuk-nusuk,
Menarik keputihan ke dalam kehitaman,
Tiada kesucian dalam kekotoran,

Menunggu penghakis sang panglima suci,
Menunggu pelindung tembaga besi,
Menunggu menyambung kekuatan diri,
Menunggu di tasbih memukul daki,
Menunggu di tahmid perlindung diri,
Menunggu di takbir peringat diri,
Harap kecundang ke dalam suci,
Lenyapnya hitam kian memudari,

Moga hilang tidak memparuti,
Moga tebal sukar ditembusi,
Moga tenang bila menghadapi,
Moga tersenyum walau dikasari,
Moga kekal tidak menghilang diri,
Moga didengar alunan hati,
Agar tercapai maksud yang dikehendaki,

Bersama tuhan Maha Mendengari,
Pensucian hati tiada terhenti,
Waspada lebih berhati-hati,
Ingatlah Allah didalam hati,
Tidak terleka di duniawi,

Perjalanan jauh sukar ditanggapi,
Cari amalan pembekal nanti,
Tiada tersesat bila melalui,
Allahu Robbi bantulah kami,
Musafir kami dijalan Ilahi.




Sabtu 0518-0552 am,
21 Ogos 2010,
11 Ramadhan 1431,

Bait Puaka,
Syarie' Al-Azhar,
Murur,Mansurah,
Mesir.