GAmbar Karton kt bwh

bintang kelip2

Pages

16 Disember 2010

SENDUAN HATI

Seketul darah yang bernama,
HATI…
Siapa tidak mengenalinya…
Tiada siapa yang tidak mempunyai hati,

Sememangnya manusia berhati dua,
Zahir di luaran,
Batin di dalaman,
Ada hati..
Ada perasaan..

Tanpa hati tiadalah perasaan,
Tidak dapat di gambar dengan tulisan,
Hati dan perasaan begitu halus,
Hidupnya bersepi di dalam diri,
Begitu sukar untuk di fahami,
Alunannya cepat berubah tanpa di
sedari…

Aku meneliti setiap yang terjadi,
Namunku hilang tumpuan diri,
Jauhku memandang ke dalam hati,
Sukar ku mencari rahsia yang
tersembunyi,
Hidup ku berjalan tanpa henti,
Menyelusuri alam pencipta ini,
Akan terhenti di waqaf sunyi,
Akan keseorangan mentafsir diri,
Memikir perjuangan yang belum ku
sudahi…

KAHERAH-MANSOURAH.

ps---->Nukilan ini saya tulis semasa berada di kaherah,saya hanya taip di handset..lupa nak catat tarikh dan masa.Saya hanya dapat siapkan tulisan ini ketika perjalanan pulang ke mansurah...Alhamdulillah,akhirnya siap juga.Nurkilan ini juga saya masukkan dalam friendster(FS) saya.Sekarang saya tidak lagi membuka FS tersebut.Wasalam ^^,

RINDU KU

RINDU KU HANYA PADA MU,
KASIH KU HANYA UNTUK MU,
CINTA KU TETAP UNTUK MU,

INGATAN KU SENTIASA PADA MU,
KERINDUAN SALJU MU ITU,
HANYA KERNA KU,
MAHALNYA KASIH MU ITU,
HANYA UNTUK KU…

CINTA ENGKAU PADA KU ITU,
TIDAK PERNAH PUDAR DI HATI MU,
BELAIAN MU ITU,
SENTIASA DI INGATAN KU,
SAYANG MU PADA KU ITU,
TIDAK TERNILAI PADA KU…

SUNGGUH SUKAR UNTUK DI TUKAR GANTI,
SUNGGUH SUKAR UNTUK AKU MENELITI,
KERNA HALUS DAN TAJAMNYA NALURI MU,
KERNA MU SUNGGUH SETIA PADA KU…

BILA JAUHNYA AKU DENGAN MU,
HATI KU BERSAYUP SYAHDU,
MENANGIS TIDAK BERLAGU,
TENANG DALAM SENDU…

LAMANYA PUTARAN MASA INI,
BERKALI-KALI KU MEMBILANGI,
MENANTI-NANTI MASA BERSAMA MU,
MEMELUK INSAN YANG PALING KU SAYANGI…

TIADA KALIMAH YANG DAPAT DI GAMBARKAN,
TIADA UNGKAPAN YANG DAPAT DI LISANKAN,
HANYA GELORA HATI YANG DAPAT MERASA,
PAUTAN PERASAAN ABADI BERSAMA…

SEMUA INI HANYA UNTUK MU,
AKU MEMERLUKAN DOA MU,
UNTUK MEMBERKATI PERJALANAN HIDUPKU,
KERANAMU AKU DI SINI,
UNTUK MEMAHAMI DUNIA ILAHI.

"KHAS UNTUK MA DAN ABAH"

0500 - 0530 PM
16 MEI 2008,JUMAAT,
SALAM MURUR,MANSURAH,
MESIR.

ps--->nukilan ini saya masukkan dalam friendster dulu...saja entrikan balik dalam blog ini ^^,

14 November 2010

بسم اللة الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..Moga hidup ini di berkati oleh allah subhanawataala..amin ya robb..

Kali ini saya tidak menulis nukilan atau kata-kata yang saya ukirkan,tapi saya ingin memaparkan hasil karya sulung sahabat saya.Sebuah karya yang menarik dan membuatkan saya tersenyum tatkala membacanya...Mungkin tuannya sahaja yang memahami setiap baris kata-kata tersebut.

Sedikit info mengenai sahabat saya,kita saling berta'aruf sesama kita.Beliau saya panggil Farah(nama sebenar saya tak pasti..hihi =p),berasal dari Sabah Dibawah Bayu,menuntut di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang sains pengkhususan Kardiologi.Sama-sama kita doakan sahabat kita berjaya dalam bidang yang beliau ambil sekarang ini.(Dokturoh Farah,jika ada silap sila betulkan...hihihihi => )

Sama-sama kita menghayati hasil karya beliau..... ---->

ketentuan.....

senja merah itu....

termangu sendirian,
tersungkur dalam penerokaan,
kini terdampar ditepian..
dan kesepian, kesorangan...

senja merah itu...

menjadi seribu antara sejuta persoalan,
kaku,
diam,
pilu,
dan akhirnya menjadi satu
kerinduan...

senja menolak!
meronta dilepaskan,
bebas dari kesengsaran,
tenang dalam kedamaian...

senja merah itu..
menyaksian satu antara berjuta kesengsaran,
keperitan dalam kehidupan..
dan akhirnya senja pasrah,
ketentuan ilahi...

sujud padamu ya Allah.......

Ahad, 10.00 - 10.40 am,
14 November 2010 bersamaan 8 Zulhijjah 1431,
Al-Azhar Cybercafe,Hayyu Sabek,
Kaherah,
Mesir.

25 Oktober 2010

Kekasih Yang Terindah

"Bismillahirahmanirahim"

Indahnya kamu,
Teruja ditatap warkah ilmu,
Sungguh asing yang tiada pada yang lain,
Hanya dibaca tiada dimata,
Hanya dibicara tiada terkata,
Dikhayal hilang tanpa bisa,
Hatta..
Tidak mampu digambar dengan air mata,
Berjiwa besar tegakkan islam,
Tarian pedang masuk kedalam,
Membakar jiwa pejunag islam,
Mengukir sejarah masa silam,
Pemangkin semangat masa hadapan,

Setiap kata dihafal sahabat,

Setiap amal diikut tanpa penat,
Setiap ilmu dikandung penuh cermat,
Dicurah diatur dengan nikmat,
Kau pemimpin ummat sejagat,
Hijrah madinah penuh berkat,
Penyatu bangsa dengan rahmat,
Dibina bersama tempat ibadat,

Di kau diangkat pemimpin yang berdaulat,
Islam masyhur merata tempat,
Digerun musuh jua pengkhianat,

Namamu mekar amat cepat,

Melebar meluas segenap jejak,
Panji islam gagah ditegak,
Melaut menggunung tetap dipasak,
Islam berkembang gagah tak bergerak,

Nabi Muhammad S.A.W...

Nabi penghulu khatimul anbia',

Tiada lain melainkan dia,
Nabi pesuruh kekasih mulia,
Junjugan kita sepanjang masa,

Nabi Muhammad SAW...
"Allahumma solli ala muhammad..."

p/s----> "Senantiasalah kita berselawat pada Nabi Muhammad SAW"

Rabu, 0253-0436am,
13 Oktober 2010 bersamaan 5 Zulkaedah 1431,

Program K.E.J.O.R.A,
Nuzul,
Ismailiyyah,
Mesir.

17 Oktober 2010

Siapa Yang Tertanya

Jika cinta ku tiada,
Apa kata mu?

Jika cinta ku hilang,
Apa kata mu?

Jika cinta ku layu.
Apa kata mu?

Jika cinta ku kusut,
Apa kata mu?

Jika cinta ku berolak,
Apa kata mu?

Apa kata jika kata-kata mu,
Ku lakarkan dalam sebuah karya?

Dilafaz melalui kata-kata,
Sentuhan jiwa,

Ku cuba menyelami,
Ku cuba memahami,
Ku cuba mendekati,

Setiap patah lakaran ungkapan mu,
Tiada dendangan lagu buat ku,
Hanya pena laju berbicara,
Sunyi tenteram tanpa kata,
Hanya mata bergeliat,
Liar merakam rahsia,
Disimpan tiada siapa yang berbicara,

Mungkin kenangan,
Mungkin pengajaran,
Mungkin jua pengalaman,

Jadi panduan pelayar nahkoda,
Lautan terbentang buat manusia,

Segala rahsia ada tuannya,
Segenap rasa,
Penuh rasanya,
Nikmat hamba penuh bermakna,
Hanya Dia Maha Kaya,
Tahu segala amal di dunia,
Jangan cuba lari padaNya,
Kerna Dia sentiasa ADA.

Sabtu,
25 September 2010 bersamaan 16 Syawal 1431,
0620-0708 am,

Bait Muhajirin,
Rumah Kelantan Baru(RKB),
Syarie El-Baramika,
Hayyu Sabie',
Kaherah,Mesir.

p/s ----
> Kesinambungan dari catatan saya sebelum ini(KERNA DIA & SIAPA DIA) yang mempunyai kaitan antara satu sama lain.Syukran bagi yang sudi membaca terutama Kak Long,Kak Ngah dan Adik Mimie yang menunggu sambungannya...hihihi...sori lambat ea..

30 September 2010

"Siapa Dia"

Comey,
Tapi hak orang,

Cantik,
Tapi hak orang,

Berkenan,
Tapi hak orang,

Lawa,
Tapi hak orang,

Berjurus,
Tapi hak orang,

Beradab,
Tapi hak orang,

Aku?
Masih keseorangan,

Kamu?
Sukar dalam kesepian,

Mencari dalam diam,
Menyelusuri dalam ketenangan,

Jumaat,
24 september bersamaan 15 syawal 1431,
00.00-00.18 am,

Bait Salam Puaka,
Syarie Al Azhar,
mansurah,
Mesir.

28 September 2010

"Kerna Dia"

Mata hati pintu hati,
Silap melihat patah tak terperi,

Silap dibuka sukar diganti,
Tinta diwarkah peringat hari,
Perhiasan tatkala lupa diri,

Nafsu diri besar sekali,

Jangan biarkan ia menguasai,

Kerna ia gangguan duniawi,

Jangan memilih kata berlagu,

Takut tenggelam tidak bersedu,

Jangan melihat tampan dan ayu,

Takut ditipu pandangan nafsu,

Jangan terliur harta beribu,
Kerna ia adalah nafsu,
Jangan melangkah tanpa restu,

Kerna ia adalah nafsu,
Jangan mencuba tanpa tahu,

Kerna ia adalah nafsu,

Jangan memaling dari ayah dan ibu,
Kerna nafsu ia bersekutu,
Jangan terlupa tuhan yang satu,

Kerna pencipta segala nafsu,

Jangan melulu tanpa fikir dan perlu,

Kerna hati sentiasa mahu,

Ingat tuhan raja pencipta nafsu,
Kerna dia tahu lagi Maha Penentu,

Pada hamba sentiasa memerlu,
Menghina diri sujud padaMu.

"ku dedikasikan kepada Kak Long,Kak Ngah & adik bungsuku adik Mimie bersama kita mengingatinya"

Rabu & Khamis
22 - 23 September 2010 bersamaan 13 &14 Syawal 1431,

Rumah Penasihat KPKM,
Samy Photo,
Hayyu Sabek,Kaherah.

&

Bait Salam Puaka,
Syarie Al-Azhar,
Mansurah.

21 Ogos 2010

Rintihan Si Mata Hati

Kesucian yang dicari,
Masih tersimpan dilubuk dada kesepian,
Hampir keras dek titisan-titisan hitam,
Begitu deras menghempas menghujan,

Bukan tiada tempat berteduh,
Tempiasnya kuat masih menyinggah,
Bukan tidak sempat untuk berlindung,
Air matanya tajam menembusi besi,
Tanpa belas menusuk-nusuk,
Menarik keputihan ke dalam kehitaman,
Tiada kesucian dalam kekotoran,

Menunggu penghakis sang panglima suci,
Menunggu pelindung tembaga besi,
Menunggu menyambung kekuatan diri,
Menunggu di tasbih memukul daki,
Menunggu di tahmid perlindung diri,
Menunggu di takbir peringat diri,
Harap kecundang ke dalam suci,
Lenyapnya hitam kian memudari,

Moga hilang tidak memparuti,
Moga tebal sukar ditembusi,
Moga tenang bila menghadapi,
Moga tersenyum walau dikasari,
Moga kekal tidak menghilang diri,
Moga didengar alunan hati,
Agar tercapai maksud yang dikehendaki,

Bersama tuhan Maha Mendengari,
Pensucian hati tiada terhenti,
Waspada lebih berhati-hati,
Ingatlah Allah didalam hati,
Tidak terleka di duniawi,

Perjalanan jauh sukar ditanggapi,
Cari amalan pembekal nanti,
Tiada tersesat bila melalui,
Allahu Robbi bantulah kami,
Musafir kami dijalan Ilahi.

Sabtu 0518-0552 am,
21 Ogos 2010,
11 Ramadhan 1431,

Bait Puaka,
Syarie' Al-Azhar,
Murur,Mansurah,
Mesir.

24 Jun 2010

Nurani Itu

Nurani yang di taburi debu-debu cemar,
Membanjiri segenap sudut ruang kamar,
Kamar yang membelai seluruh tubuh,
Membuat diri di manja-manja,
Hilang entah ke mana,

Nurani itu...

Hilang tika tangan ingin menyentuh,
Takut menjangkiti,
Takut mempengaruhi,
Senang senyap mengilang diri,
Memerhati dari jauh dari di dekati,
Takut hilang di depan hati,
baik pergi tanpa erti,

Nurani itu...

Sukar di duga dengan mata,
Sukar di teka dengan kata,
Hanya rasa merasai,
Dari diri yang memahami,
Tetap tersimpan di dalam hati,
Tidak terlimpah walau seinci,
Walau hebat di asak duri,
Tetap teguh berdiri sendiri.

Isnin - 0416 am,
19 Jun 2008,
Bait Salam Puaka,
Syerie Al-Azhar,
Mansurah.

23 Jun 2010

Tentang hati

Tidakkan ku tenang,
Bila ku mengetahui aku sudah melukai hati,
Tidakkan ku senang,
Bila ku tahu dia bersedih di sebabkan aku,
Hatiku berolak,
Hanya tuhan yang tahu,
Tidakkan aku pandang sungai,
Kerna risaunya aku,
Bak air terjun menghempap batu,
Tidakkan ku donggak ke langit,
Selagi belum aku di maafi,
Tidakkan ku pandang ke langit,
Selagi ALLAH belum menyejukkan hati,
Akan ku tunduk pada ilahi,
Sehingga doaku di maqbul,
Merawat hati yang ku sayangi.

1232 am,
18 nov 2007,
Jameah Al-Azhar,
Mansurah,
Mesir.

25 Mei 2010

Satu Janji

Kata terungkap kerna rasa,
Hadir bersama keinginan hati,
Ilham jiwa mencoret satu janji,
Yang mungkin akan termetri,

Datang pada diri tanpa di duga,
Datang pada diri tanpa di paksa,
Cuba untuk menyelami dan merasai,
Mengapa...
Kenapa...
Dan bagaimana ia merungkapi,

Janji yang di janji,
Di sebut berkali-kali,
Di ucap tanpa henti,
Moga ia di tepati,

Jika hilang janji yang di janji,
Jalan mana yang boleh di lari,
Langkah mana yang perlu di gagahi,
Hilang kekuatan bila di hajati,

Peluk janji dengan hati,
Di gengami jari sepuluh jemari,
Jika terlepas terluka hati,
Jaga ia terus di rapati,

Jangan pergi tanpa akhiri,
jangan pulang selagi berjanji,
Jangan di lepas ikatan tali,
Jangan mengalih pandagan ilahi,

Simpulan janji pelekat diri,
Setiap penunai mungkin di kagumi,
Pada watak yang memahami,
Membawa berokah di alam duniawi,

Janji itu tetap janji,
Bila berjanji akan terjadi,
Kerna ia....
Satu Janji...

25 Mei 2010 ,
11 Jamadil Akhir 1431,
Selasa,0236-0315,

Bait Salam Puaka,
Syarie' Al-Azhar,
Mansurah,
Mesir.

15 Mei 2010

Tangan

Tangan Yang Cantik,
Tidak Semestinya Melambangkan Kecantikan Akhlak,
Tangan Yang Cantik,
Tidak Semestinya Melambangkan Kesucian Hati,
Tangan Yang Cantik,
Tidak Semestinya Menunjukkan Keikhlasan Pada Hati,
Tangan Yang Cantik,
Tidak Semetinya Boleh Di Pikat Dan Terpikat,
Tangan Yang Cantik,
Tidak Semestinya Tidak Melakukan Dosa,
Tangan yang Cantik,
Tidak Semestinya Tidak Boleh Berbuat Apa-Apa,
Tangan Yang Cantik,
Tidak Semestinya Tidak Boleh Menadah Memohon Keampunan,
Tangan Yang Cantik,
Halusilah Ia Dengan Siraman Air Pengabdian,
Tangan Yang Cantik,
Jagailah Ia Dengan Amal Perbuatan Yang Sempurna,
Tangan Yang Cantik,
Syukurilah Nikmat Yang Tiada Ganti,
Tangan Yang Cantik,
Jadilah Penggapai Yang Setia Pada ROBBI....

14 Zulkaedah 1428 - 1 Jamadil Akhir 1431,
24 November 2007 - 15 Mei 2010,
1130 pagi Mesir,
Dewan Persada Jazirah Al-Ward & Bait Salam Puaka.

28 April 2010

Kisah Rabi'atul Adawiyah

"Bismillahi rahmani rahim"

Jom kita baca kisah di bawah ini.

Rabi'atul Adawiyah: Kisah-kisah teladan

Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi
agung dalam Islam. Beliau terkenal dengan sifat wara'
dan sentiasa menjadi rujukan golongan cerdik pandai
kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.

Ikutilah antara kisah-kisah teladan tentang beliau..

KISAH 1:

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk, itupun telah buruk. Lantas si
pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok
tersebut.

Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri
tersebut, "Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil
sesuatu dari rumahku ini."

Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka
tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga berasa
hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang
begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah.
Kebiasaannya tuan rumah pasti akan menjerit meminta
tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun
lain pula yang berlaku.

"Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi
kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu
ini." kata si pencuri berterus-terang.

"Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil
menunjuk pada kendi yang buruk tadi.

"Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga."
Jawab si pencuri.

"Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu
ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu
solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah
mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok
burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa
gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi
lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'tul
Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk
itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu'
menggunakannya.. Kemudian dia menunaikan solat 2
rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan
kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum
ini.

Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri
ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia
tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan-Mu. Oleh itu
janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi
nikmat dan rahmat-Mu."

KISAH 2 :

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai
telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan
mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji
beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah
bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka
menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini
Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan
yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah
kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.

"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah
dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota
kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki.
Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang
telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan
tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada
pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata :
"Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

KISAH 3 :

Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang
sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"

"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.

"Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.

"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa
usiamu sekarang?"

Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"

"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya
beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.

"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu
bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabi'atul
Adawiyah.

"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan
tubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang
sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai
tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti
manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit
sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke
sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu
bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.

16 April 2010

Awek Bola...

Bismillahirrahmanirrahim

Salam semua sahabat...lame xupdate blog nie..xsempat kot.entah la..tengok time free jer..tapi time free memang banyak..hihihi...

Hari nie saya xtaw nak citer ape..cuma nak citer pasal awek bola saya...die sempat menjayakn kejayaan pada pasukan kami PMRAS FC.

Saya xde niat pun nk adjust awek nie..tp da lame time men bola xde awek..tgk kwn2 bwk awek dorg..kte tgk jela..hihihi...

Nak layan awek dorg..kng xpasal2 len lak jdiknyer...xpela..tggu la turn gua lak...hahahaha..

Berbalik pasal adjust 2...kebetulan balik kaherah ari 2...sebab terjemah surat pengesahan pengajian untuk mintak borang zakat.Gua ajakla kawan baik gua Ustaz Nasir At-Tontowi n Ustaz Azizi Al-Qohiri jalan2 kat City Centra n City Star.

Lepas Insya' kami gerak dengan taxi ke detinasi yang pertama iaitu City Centra.Kawan Gua cakap kt sana banyak je awek yang best2...Die pun de dapat kt sana jgk.

Gua dengan hati yang membara terus menahan taxi...dengan menggunakan kepandaian yang tidak pandai...menyuruh arab yang bawak taxi 2 membawa kami ke destinasi yang pertama...nasek bek arab 2 faham..hahaha...lawak tol la time 2..hihi

Sampai kat sana...Ustaz Nasir At Tontowi cakap dalam loghat klate bercampur luarnyer.."Kawe maghi gn sek2(kwn2) nie bwoh cnie ler.Kawe maghi doh..tp xingat kt mne.."

Adoi Ustaz Nasir...macam2..kakakaka...pas 2 kteorg turun r kt bwh 2...usha2...xde y b'kenan di hati...Gua rse hampe pun de..hampeh pun de..hahaha

Tapi destinasi y kedua kne g jgk..hahaha...Ustaz Azizi Al-qohiri bg cdgn suh usha kt sne..Gua ikot jer..nk ke sne dkt je..arab 2 ckp lps 2 block korg sampai ler..hihihi..(gua tjemah lbh krg).

Kteorg tahan taxi n nk sampai kt sne 2 b'peluh jgk lau jln kaki..hahaha...ape la arab 2...nasek bek xjln kaki..

Sampai kat sne...gua n ustaz2 nie usha tmpat2 y mne menarik perhatian....cm unit HISBAH lak..tp smpat jmpe la budak2 y degil...pape pun doa dlm ati suh allah jga keselamatan dorg...

Sampai kat tempat 2...Ustaz Azizi Al-Qohiri mengeyitkan matanye kat gua.."Dmo tgk 2...body lawa...slim woo..kulit cntik...tp yang nie jnis 'B' .dmo minat jnis 'A' ko 'B'?"kata Ustaz Azizi Al-Qohiri gn kalam muqodimahnyer.

"Kwe beyeh jer(ckp luar la plok)aslkn sdap tgk..."Gua pening2 gak nk plih..Ustaz Nasir At-Tontowi senyum jer..da mmg jenis die senyum...Tp dalam diam die ckp jgk..hahahaha..

"molek 2..lawa benar la.."hihihi..sedap dgr die ckp..tp kteorg da biase da...aku usha lg awek len...tgk2...ermm..kte cri lubuk len plak ea....

Dalam perjalan gua nk g crik lubuk len..dok pk2 psal awek 2..huhuhuhu....lawa woo..bkn sng nk dpt..cri punya crik..letih kaki gua n ustaz2 nie..hihihi...lepas 2...

"Jom g tackle awek td r.."Gua pggl dorg g tmpt td...

So,gua gn telik punya tilek blik..biar r da tilek brape kli da..hahaha..."ok...kwe angkat...."

So dapat la awek time men bola..hihihi...Nie awek gua... ---> eh slp..kt bwh laa..

Bincang2 kepuasan hati..hihihi

Ok lah kawan2 semua..gua xde modal nk update blog nie..pic y pun awl thn bru nie...dlm musim sejuk...sje cri boot bola..sbb xpena ade..men pun boot kwn y kwn punya..pe lg..dpt duit crik la boot sdri..hihihi...

Lenkli sy citer psal len lak ea..n lau de pape y perlu d kongsi kn..insyallah..sy akn sent kt offline msj kt YM..

Jom selawat N zikir sama2... "Allahumasoli ala saiyyidina muhammad wa ala alihi wasohbihi wasalam" "Subhanallah waalhamdulillah wa ilahaillah wa allahu akhbar"

Salam ceria dan senyum sokmo deh... (^0^)

17 Mac 2010

Mencintai Dalam Kecintaan

Mata Melihat ke Dalam Hati,
Terlihat Rasa Penuh Degupan,
Tersentuh Hati Dengan Jemari,
Mengecup Hati Bisa Tangan,

Halus Mulus Sukar Sekali,
Sentuhan Jari Padah Sekali,
Kapas Putih Jauh Sekali,
Jangan Di Cuba Berkali-kali,

Merah Kalbu Cantik Terindah,
Putih Kalbu Sesuci Kertas,
Hitam Hati Gelap Sudah,
Titisan Dosa Jadi Pengalas,

Keras Jangan Sekeras Batu,
Keras Hati Sukar Di Lembuti,
Penghalang Diri Dari Di Dekati,
Jiwa Melayang Tanpa Henti,

Bersih Hati Basuhan Zikir,
Sentuhan Lembut Sambil Berfikir,
Duduk Berdiri Berbaring Berjalan,
Merenung Memandang Sekeliling Alam,

Cinta Hati Cinta Iman,
Dari Hati Lahir Iman,
Penguat Diri Dengan Iman,
Pancaran Cahaya Dari Keimanan,

Bersama Ingin Tetap Bersama,
Berdamping Berjalan Bersama-Sama,
Cuba Mengingat Tanpa Lupa,
Moga Di Ingat Takkan Terlupa,

Dekat Ingin Dekat Sekali,
Jauh Tidak berkali-Kali,
Sayang Ingin Menyayagi,
Benci Di Buang Jauh Sekali,

Cinta Abadi Pada Tuhan,
Cinta Manusia Sukar Bertahan,
Cinta Sejati Cinta Robbi,
Sukar Di Cari Tanpa Henti,

Kuat Teguh Jangan Kalah,
Hidup Pergi Jangan Berpatah,
Terus Berjuang Jangan Mengalah,
Perjalanan Ini Di Jalan Allah.

Rabu-17 Mac 2010,

2130-2238 pm,

Bait Salam Puaka,
Syari' Jameah Al-Azhar,
Murur,Mansurah,
Mesir.

12 Mac 2010

Kepimpinan Muhammad Al-Fatih

بسم اللة الر حمن الر حيم

Assalamualaikum sahabat2...

Alhamdulillah syukur pada allah swt kerna memberi limpaham rahmat dan kasih sayang pada kita.

Sudah lama saya tidak memasukkan apa-apa bahan dalam blog ini.Biasanya sahabat-sahabat mendapat kata-kata hukama',hadis-hadis Nabi Salallahu Alaihiwa Sahlan,dan sebagainya...

Bahan yang ingin saya masukan pada kali ini mengenai sejarah Islam.Sejarah pembukaan Kota Konstantinapole
.Seorang Sultan dan Panglima Islam yang beriman dan bertakwa pada Allah swt.Beliau adalah "SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH"

Mari sama-sama kita ikuti cerita yang saya paparkan untuk sahabat-sahabat...Selamat Membaca... (",)

Pada 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole.

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat

b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan

c. Kehendak yang kuat

d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat

e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan

f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter

b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter

c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal

d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!

e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis,5 A
pril 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama,

Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua,

Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy

Beliau lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan Muhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.

Sekian saja dari saya...nanti ada masa saya akan masukan info-info lain lagi...
Dan kalau ada Ilham saya akan tulis puisi lagi...
Ila Liqo' Ma' Salamah..

05 Januari 2010

Kenapa Dipilih Dan Kenapa Terpilih

Laut dalam sukar di selam,
Langit tinggi sukar di gapai,
Amat indah pada yang buruk,
Amat buruk pada yang indah,

Insan kerdil hidup melata,
Saat kaya susah terasa,
Saat miskin senang di rasa,
Miskin kaya ke tanah jua,

Mawar berduri mawar wangi,
Silap tersentuh luka abadi,
Mudah di dekat sukar di rapati,
Luruhnya duri pada yang tegar di hati,

Duri durian duri tajam,
Isi di dalam sedap di makan,
Tebal sabut buah kelapa,
Rahsia isi dan air buahnya,

Pakai kain kapas sutra,
Di balut pada tubuh manusia,
Kecik di dalam kecik di luar,
Hilang segan malu di muka,

Sejuk sungguh bila memandang,
Berkelubung tutup longgar di badan,
Panas sungguh panas mentari,
Kalam diri tiada di batasi,

Angin menghembus layar mengembang,
Di kawal nahkoda tanpa karam,
Susah senang mendulang emas,
Lubuk dalam sampai pinggang,

Bukan seorang bukan mainan,
Bukan empat bukan lapan,
Hanya seorang yang akan di pinang,
Pelengkap tulang rusuk si Adam,

Ilmu dan amal menjadi pegangan,
Pedoman insan melengkap iman,
Jangan tergoda khayalan syaitan,
Kelak terjunam ke neraka Jahannam,

Seorang insan hina di taman,
Mencari titik jalan pertemuan,
Pada Robbi sama serahkan,
Moga tercapai setiap impian.

0130 - 0530 am,
5 jan 2010,