GAmbar Karton kt bwh

bintang kelip2

Pages

16 Ogos 2011

Perjalanan yang panjang

Assalamualaikum...

Kalam ini di buka yang sekain lama sunyi tanpa dendangan kata-kata.Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW penghulu para ambi',selawatlah sekian kali tanpa henti,moga berkahnya akan melimpah.
Lama sudah ku berlalu sepi tanpa menitiskan titisan di warkah sesawang ini...Ingin ku warkahkan jua...
Namun,niat terhenti di satu waqaf yang tiada jalan untuk meneruskan perjalanan.
Jika berkesempatan akan ku hidangkan kalam-kalam permulaan ku dalam penulisan ini...Ianya bermula tika bulan ramadhan jua.Hanya balas membalas pesanan ringkas di talifon tangan bersama dengan sahabatku selepas peperiksaan SPM 2005.Mungkin sahabatku tidak tahu yang aku menyalin kembali kata-katanya kepada ku.
Entah mengapa ku tertarik untuk membalas kembali barisan kata-kata sahabatku itu...Ku tidak pasti mengapa sahabatku itu melontarkan kata-kata sedemikian rupa.Moga ia menjadi hikmah dari Robbuna untuk kami memberkati perjalanan kehidupan pencarian kami di sini.Amin Ya Robb....

Tatkala memandang ke langit,
Jangan lupa menghias ke daratan,
Memikir tiada tiang yang memgangkat,
Menghidup suasana yang aman,

Kata ulama' dunia permainan,
Waqaf tempat perhentian,
Tiada indah untuk bersenangan,
Jangan tergoda hasutan syaitan,

Singgahlah sambil membeli,
Untuk bekalan perjalanan nanti,
Takut lapar kehausan berlari,
Menambah kekuatan tempat di ingini,

Benarlah dunia penghias mata,
Akan kabur bila terlupa,
Nafsu bergolak dalam jiwa,
Tidak di kawal melampaulah ia,

Munajat hamba kepada Pencipta,
Moga dilindung segala bala,
Moga kuat ujian di dunia,
Menempuh perjalanan onak dan bahaya,

Jalan berliku menuju kepada Mu,
Jauh dan dekat jalan-jalan Mu,
Setiap penduga di duga lalu,
Moga istiqomah di hati selalu.
AMIN....

9.00-10.11 am,
Bait samy photo,
Hayyu Sabe'
Kaherah,Mesir.